IMG 20260125 024931

Galeri Arkeologi Guar Kepah di Pulau Pinang – Sebagai Daya Tarik Destinasi Tahun 2026

JST-NEWSPeluncuran Galeri Arkeologi Guar Kepah di Pulau Pinang hadir pada saat yang signifikan, seiring dengan semangat Tahun Melawat Malaysia 2026, sebagai usaha menampilkan bukan sahaja keindahan destinasi, tetapi kedalaman sejarah dan tamadun yang membentuk wajah negara.(24/1)

IMG 20260125 025011

Galeri ini melangkaui fungsi pameran, sebaliknya sebagai pernyataan jati diri dan kesedaran peradaban.

Negara yang berwibawa membina masa depan dengan memaknai sejarah sebagai sumber hikmah dan kekuatan.

Sejarah bukan sekadar tinggalan silam, tetapi cerminan jiwa dan perjalanan peradaban bangsa.

IMG 20260125 025030

Tapak prasejarah seperti Guar Kepah mengingatkan kita bahawa akar tamadun telah lama bertapak, dan menjadi amanah generasi hari ini untuk memelihara serta memaknainya sebagai pedoman masa depan.

Berlandaskan kesedaran inilah Kerajaan MADANI memastikan subjek Sejarah dimartabatkan sebagai mata pelajaran wajib dalam sistem pendidikan negara.

Hasratnya bukan untuk melahirkan generasi yang sekadar menghafal fakta, tetapi membina warga yang memahami perjalanan bangsanya, menghargai pengorbanan terdahulu, serta memiliki jati diri yang kukuh, berfikiran kritis dan beradab dalam mendepani cabaran zaman.

IMG 20260125 025049

Usaha pemuliharaan warisan seperti ini bukan sahaja memelihara tinggalan sejarah, malah membuka ruang baharu kepada pembangunan ilmu, penyelidikan serta pelancongan berkualiti, sekali gus meletakkan Malaysia dengan yakin pada peta pelancongan sejarah dunia.

Inilah ikhtiar membina kemajuan yang berteraskan ilmu, budaya dan jati diri selari dengan kerangka Malaysia MADANI yakni membangun dengan akar peradaban yang kukuh, dan melangkah ke depan dengan kesedaran sejarah serta kebijaksanaan.(Mly-24/1)

Tim-Red©Malaysia/Int’ – 24/1/2026/JST-NEWS 
Journalist Social Them - Your Share Media Social Acsess Online Integrity Network